This site uses cookies from Google to deliver its services, to personalize ads and to analyze traffic. Information about your use of this site is shared with Google. By using this site, you agree to its use of cookies. Learn More

Tak Tahan Dikritik Kerana Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah Nekad Buat Tindakan yang Mengejutkan

kaemfret.blogspot.com - JOHOR BARU: Puteri Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Instagram miliknya selepas menerima komen negatif kerana tak memakai tudung.

ANDA BOLEH LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK UNTUK KISAH2 LAIN :)
klik disini untk ke page kami ---> IsuKakiPanas

Bercakap kepada pemberita buat pertama kali selepas abangnya mempertahankannya daripada kritikan negatif di media sosial baru-baru ni berkata, Tunku Aminah berkata beliau tak mahu individu yg tak mengenalinya cepat membuat penilaian mengenai cara beliau berpakaian.
Katanya, semua tindakannya adlh antara beliau dan Allah.
"Saya percaya ni adlh keputusan terbaik yg pernah saya buat, " kata puteri tunggal kepada Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.
"Saya sedar bahawa menjadi perhatian ramai bukan cara saya dan saya benar-benar gembira selepas menutup akaun Instagram awal bulan ini, " katanya.
Tunku Aminah berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama SPCA Johor Baru di sebuah hotel di sini.
Selain itu, Tunku Aminah berkata, beliau berterima kasih kepada abangnya terutama Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris kerana mempertahankannya daripada kritikan negatif itu.
"Saya mendapat tahu tentang apa yg beliau lakukan selepas membacanya dlm akhbar The Star beberapa hari lalu dan semua saudara-saudara saya memberikan sokongan, saya benar-benar gembira, " katanya.
Mengulas mengenai akauan Instagram, Tunku Aminah berkata, pd mulanya beliau mahu berkongsi pandangan dan buah fikirannya kepada orang ramai.
"Mula-mula saya memuatnaik gambar kucing, tetapi orang mula memberikan komen buruk yg menyakitkan hati tentang saya kerana tak memakai tudung.
"Perkara itu mula berterusan hingga saya merasakan mereka menceroboh ruang peribadi saya.
"Tapi selepas menerima nasihat yg baik daripada ibu bapa yg risau tentang keselamatan dan kesejahteraan saya, keputusan diambil untk menutup semua media sosial, " katanya.
Terdahulu, Tunku Idris mempertahankan adiknya itu dgn berkata Tunku Aminah memakai selendang ketika menghadiri semua acara keagamaan.
Tunku Idris turut menggunakan media sosial bagi mempertahankan pakaian adik perempuannya.

other source : http://isukakipanas.blogspot.com, http://news.detik.com, http://wikipedia.org

0 Response to "Tak Tahan Dikritik Kerana Tak Pakai Tudung, Tunku Aminah Nekad Buat Tindakan yang Mengejutkan"

Posting Komentar

Contact

Nama

Email *

Pesan *